20081206

Satu Dosa#12.

Pekan kecil ini melimpah ruah cerita kisah lama.

Lumut,Perak 4:34 pagi.

Angin monsun membawa derita aku pergi.Dari Lumut ke Jakarta dan mungkin juga kota Singapura.Angin monsun membasuh luka lama.Di pekan kecil ini aku bertatih,ketawa ibubapa aku terhadap keletah nakal aku.Dahulu.

Angin monsun hujan renyai-renyai.Sekejap berhenti kemudian sambung kembali.Berdukakah langit malam ini?Terbuka langit bintang tiada satu menghiasi.Aku berhenti tadi dipantai dimana jejak kaki kecilku dahulu sudah lama terbasuh akibat hakisan air laut punca rezeki bangsaku.Demi Tuhan,aku tidak pernah lupa diri aku.

Angin monsun ini dinginnya masih sama seperti waktu kecilku dahulu.Menggigit setiap inci kulit
ku yang tiada berselimut dosa.Aku terasa begitu kotornya aku tidak seperti waktu dahulu.Aku merasa pahitnya kehidupan dewasaku.Penuh lukisan palsu,dimana-mana sahaja.Mahu sahaja aku bunuh seorang demi seorang.Mahu sahaja aku sebarkan derita seorang demi seorang.

Angin monsun ini terbang bersama keluh kesahku.Biarpun sebentar sahaja aku disini,namun aku tidak pernah mengkhianati prinsip diri aku dahulu.Biarpun dipijak segerombolan syaitan manusia.Aku tidak akan mengalah.Aku akan bangkit semula,mengumpul kekuatan ku.
Ah,angin monsun yang menyamankan.Hujan ini telah membasuh hatiku.Telah membasuh sedihku.Aku gembira berada disini.Aku bersyukur pekan kecil ini sungguh cantik sekali.

2 comments:

si blogger kerek said...

jika bisa dosa itu dibasuh...

Anonymous said...

bagus buat kau kerana hujan membasuh sedihmu...

namun aku punya hubungan yang pelik dengan hujan...

aku akan hiba ketika hujan...

kamu beruntung kawan...