20081228

Satu Dosa#18.

Diam!

Calm me and let me taste the salt you breathe when you are underneath.I am the one who haunts your dreams of mountain,sunk below the sea.I spoke the words but never gave a thought to what they all could mean.I know this is what you want.

You know you are not alone.I need you like water in my lungs!

20081225

Satu Dosa#17.

Aku mediocre'.

Hari ini,aku berjalan ditengah kepadatan manusia ibukota Madrid.Aku rasa kau,aku,dia,mereka dan semua adalah sama mediocre'.

Kita semua telanjang dan berdosa.

20081223

Satu Dosa #16.

Aku akan mulakan semua dibawah suluhan cahaya malam suram.

Jika itu buat kau kurang bersedih,Aku akan mati di tangan kau,
Aku harap kau akan dapat apa yang kau mahukan,
Jika itu yang buat kau kurang bersedih,Aku akan pindah semua dari sini,
Kau boleh simpan semua,aku akan jauh dari jalan kau.
Semua gambar kau,aku akan turunkan,
Semua lukisan yang kau lukis,aku akan lukiskan sendiri,
Kau menang,
Aku cuma akan berbaring di sini dan kau akan buat semua keputusan untuk aku,
Aku akan pegang semua yang dahulu dan kumpulkan demi dendam aku,
Kau tidak boleh berundur sayang,kerana aku telah hilangkan rasa itu,
Kita diam.
Kerana kita pasti.
Ianya akan berakhir.

20081217

Satu Dosa #15.

Resah aku menanti pukul 9 malam tadi.

Sebelah tiang dimuzium itu.Pada pukul 9 malam tadi.Resah aku diam seorang diri.Aku berbaring diatas rumput sebelah pokok menghadap dinding tinggi.Aku tidak mahu buat apa-apa.Hanya tunggu kau.

Kau datang.Lalu kau cakap.

"Undang-undang permainan ini datang dari mimpi aku.Bilamana mereka terangkan dan suluhkan setiap inci daratan ini.Jadi mereka tidak jadi sunyi.Dan setiap loceng yang berbunyi dan susu yang mereka minum,itu datang darinya."

Aku Jawab.

"Kau cakap setiap anak kecil harus mempunyai mimpi.Dan mimpi itu akan membawa mereka memimpin permainan ini satu hari nanti.Tetapi berapa ramai anak kecil dengan setiap mimpi untuk kau cari?Berapa ramai anak kecil sempat bermimpi untuk kau cari?

Dan berapa ramai anak kecil yang sudah Tua,lupa apa yang mereka mimpikan?"

20081216

Satu Dosa#14.

Ah,Sakitnya!

Bila kau tikam aku dalam gelap.Aku minta kau tikam sekali lagi si Bacul!Sekali lagi!Cuma sekali lagi.

Dan kau tahu aku tidak akan mati.Dan aku tahu kau takut kerana kau tahu aku tidak akan mati!

20081215

Satu Dosa #13.

Bintang Februari.

Hari-hari yang panjang,suram dan juga menyesakkan bilamana kau tiada.Aku hampir putus asa hari ini.

Aku mahu dengar cerita kau lagi.Aku mahu dengar suara kau lagi.

20081206

Satu Dosa#12.

Pekan kecil ini melimpah ruah cerita kisah lama.

Lumut,Perak 4:34 pagi.

Angin monsun membawa derita aku pergi.Dari Lumut ke Jakarta dan mungkin juga kota Singapura.Angin monsun membasuh luka lama.Di pekan kecil ini aku bertatih,ketawa ibubapa aku terhadap keletah nakal aku.Dahulu.

Angin monsun hujan renyai-renyai.Sekejap berhenti kemudian sambung kembali.Berdukakah langit malam ini?Terbuka langit bintang tiada satu menghiasi.Aku berhenti tadi dipantai dimana jejak kaki kecilku dahulu sudah lama terbasuh akibat hakisan air laut punca rezeki bangsaku.Demi Tuhan,aku tidak pernah lupa diri aku.

Angin monsun ini dinginnya masih sama seperti waktu kecilku dahulu.Menggigit setiap inci kulit
ku yang tiada berselimut dosa.Aku terasa begitu kotornya aku tidak seperti waktu dahulu.Aku merasa pahitnya kehidupan dewasaku.Penuh lukisan palsu,dimana-mana sahaja.Mahu sahaja aku bunuh seorang demi seorang.Mahu sahaja aku sebarkan derita seorang demi seorang.

Angin monsun ini terbang bersama keluh kesahku.Biarpun sebentar sahaja aku disini,namun aku tidak pernah mengkhianati prinsip diri aku dahulu.Biarpun dipijak segerombolan syaitan manusia.Aku tidak akan mengalah.Aku akan bangkit semula,mengumpul kekuatan ku.
Ah,angin monsun yang menyamankan.Hujan ini telah membasuh hatiku.Telah membasuh sedihku.Aku gembira berada disini.Aku bersyukur pekan kecil ini sungguh cantik sekali.

20081205

Satu Dosa #11.

Aku tidak mahu dengar kebenaran.Aku hanya mahu dengar suara kau.

Aku dapat rasakan seperti satu daya membawa aku rebah.Membawa hingga ke satu titik aku hampir gelap dan resah.Untuk seketika aku rasakan dunia berhenti berpusing dan bergerak ke belakang.Aku tipu kau bilamana aku katakan aku tiada apa-apa.
Aku ambil ini seperti lelaki dewasa. Aku berharap kau akan muncul dan membawa aku pergi.
Aku adalah lelaki kotor, tidak stabil dan juga lelaki sunyi.Aku selalu sunyi.Aku kotor dan juga selalu terjatuh.Aku selalu penat dengan dunia sekeliling aku.Aku selalu mengeluh dan aku selalu benci siapa diri aku.
Adakah kau akan tetap mencintai diriku?
Wajah yang sama setiap kali mimpi-mimpi aku.Seperti dadah,aku perlukan wajah itu setiap malamku.Harapan agar hingga ke mimpi kau suluhkan gelap itu.Aku takut,aku gusar kehilangan kau.
Semalam aku mimpi anak ku didalam perut kau.Dia menangis didalam perut suci mu.Aku menangis kerana aku tahu kaulah satu-satunya.
Aku rasa diberkati.

20081204

Satu Dosa #10.

Walau ketika kau marah,kau tetap cantik padaku.

Kadangkala aku percaya pepatah lama.Kadangkala syaitan dalam badanku membuatkan aku lupa dan lantas aku sakiti hati lembutmu.Kadangkala aku buatkan air matamu mengalir sia-sia oleh kerana ego aku.
Kerana semua itu aku percaya bahawa aku adalah manusia biasa.Yang melakukan kesalahan dan juga binasa.Tapi aku hanya tahu satu sayang,bahawa aku cintakan kau yang satu.

Aku buat kesalahan itu kerana aku mahu perhatian darimu.Aku mahu kau terusan pegang tanganku dan sentuh lembut bahuku.Ketika aku marah,aku mahu kau diam dan mendengar keluhan aku.Aku mahu ketika aku marah kau lawan ia dengan senyum mu.Agar aku tewas dan malu sendiri.

Lembut bicara kau buatkan aku kaku.Dan aku tewas sekali lagi dalam pelukan kau.

Aku suka begitu.Biarkan aku sekali lagi begitu.