20081103

Satu Dosa#7.

Kalau Bulan jadi saksi.Bintang jadi saksi kematian aku.


Sakit dadaku menahan kebencian yang kau lemparkan. Dipijakkan segala insanku,direntapkan oleh ego mu. Aku tidak pernah membuat kau apa-apa yang menyakiti hati mu,namun kau balas aku dengan pandangan jijikmu. Ibarat aku ini haiwan berkaki, berbadan tidak sempurna. Agakku,inilah kehidupan dikota. Dipuja bila kau diatas, dihina bila kau tiada punya apa-apa.


Aku dendam kehidupan ini!


Aku percaya hidupku bermakna bagi insan-insan lain tidak sepertimu. Yang butakan mata, tulikan hati.Hidup dalam dunia ciptaan kau dan kawan-kawan kau sendiri. Kau belum lihat dunia ini seluasnya. Kau belum merasa deritaku tawan. Kau belum lihat peralihan kuasaku.


Aku dendam kau!
Aku dendam kau!


Bilamana aku kuatkan hatiku menempuh prejudismu itu,aku akan melawan syaitan diriku. Aku biarkan sahaja kau mati dengan memakan segala kata-kata cerca mu.Aku akan biarkan sahaja kau mati perlahan-lahan akibat jahilmu.Aku akan hantarkan kau ke neraka ciptaan kau dan kawan-kawan kau.


Didalam jahatku masih ada simpati. 

1 comment:

unicorn said...

setelah membaca blog ini, aku kira kamu mungkin sedang mengalami perang perasaan. mungkin masa lampau kamu membuatkan kamu jd begini.(aku fikir).jangan kerana satu peristiwa silam, buat kamu terus mati semangat dan roh-nya. cuba-lah bangkit dan bina kekuatan baru,ok? tidak salah melepaskan perasaan di sini, asalkan tidak mempengaruhi hidup kamu