20081126

Satu Dosa #9.

Dunia pura-pura.Imaginasi reka-cipta manusia lupa akal.

Aku masih berada di kotak mencari sesuap rezeki ku.Dimana dunia yang aku cuba hampiri semenjak aku lari dari dunia sengsara satu lama dahulu.Disini mereka semua lebih pandai, berlumba-lumba menjadi pandai, berpura-pura pandai dan juga menunjuk pandai.Disini setiap manusia akalnya satu,memijak siapa dibawah untuk berada diatas.

Sentiasa aku fikir bahawa kadangkala dunia kerjaku ini kejam dan tiada batas manusia.
Tidak!Ini semua adalah kehidupan dibalik pilihan aku dahulu.Aku harus tempuh dengan segala kudrat,nestapa,jatuh terduduk aku.Tiada istilah penyesalan disebalik apa berlaku.Pujuk hati untuk menerima semua pilihan aku dahulu.

Seringkali aku merasa usahaku tidak cukup untuk membuktikan diri aku.

Ah,aku rindukan zaman dahulu.Dimana aku berbaring beralaskan surat-khabar dan memeluk gitar usangku dan cuba mereka irama walaupun sumbang ditafsir orang lain.Waktu malamku dihabiskan membaca puisi-puisi kegemaranku dan cuba meneka akukah disebalik makna puisi itu.

Ah,aku rindukan seni.
Aku rindukan suasana lama.
Aku rindukan menjadi diri aku.
Dimana tiada siapa menilai siapa diri aku.

20081122

Satu Dosa#8.

Kemari ke-dadaku sayang.Biar aku usap bibirmu.

Biar kita senyap dari segala kerosakan dunia.Biar kita singgah ke kota segala syurga.Dimana kau dan aku berdansa berirama.

Biar aku bacakan ibu segala puisi.Dari koleksi kegemaranku,juga kegemaran ibuku.Agar kau fahami dilema hatiku,yang mahu segala perhatian darimu,sentuhan jiwa lembutmu.

Biar kita berdansa,didalam hujan. Kau ajarkan aku setiap langkah demi langkah. Dimana aku eratkan tanganmu dekat pada jantungku.Agar kau dapat merasa sisi gelapku.Derita aku selama ini.

Kelmarin sayang.Aku sudah titiskan air mata jantan,lenyapkan egoisku.Bahawa aku cinta segala cinta pada kau.

20081103

Satu Dosa#7.

Kalau Bulan jadi saksi.Bintang jadi saksi kematian aku.


Sakit dadaku menahan kebencian yang kau lemparkan. Dipijakkan segala insanku,direntapkan oleh ego mu. Aku tidak pernah membuat kau apa-apa yang menyakiti hati mu,namun kau balas aku dengan pandangan jijikmu. Ibarat aku ini haiwan berkaki, berbadan tidak sempurna. Agakku,inilah kehidupan dikota. Dipuja bila kau diatas, dihina bila kau tiada punya apa-apa.


Aku dendam kehidupan ini!


Aku percaya hidupku bermakna bagi insan-insan lain tidak sepertimu. Yang butakan mata, tulikan hati.Hidup dalam dunia ciptaan kau dan kawan-kawan kau sendiri. Kau belum lihat dunia ini seluasnya. Kau belum merasa deritaku tawan. Kau belum lihat peralihan kuasaku.


Aku dendam kau!
Aku dendam kau!


Bilamana aku kuatkan hatiku menempuh prejudismu itu,aku akan melawan syaitan diriku. Aku biarkan sahaja kau mati dengan memakan segala kata-kata cerca mu.Aku akan biarkan sahaja kau mati perlahan-lahan akibat jahilmu.Aku akan hantarkan kau ke neraka ciptaan kau dan kawan-kawan kau.


Didalam jahatku masih ada simpati. 

20081102

Satu Dosa #6.

Kelmarin aku teroka ketenangan.Hari ini aku tidak mungkin tahu.

Kawan-kawan bersenang-lenang. Kawan-kawan entah kemana. Kawan-kawan senyap sunyi. Kawan-kawan lari dari masalah. Kawan-kawan aku sedih. Kawan-kawan aku siapa?

Tumpah darah aku biar bermaruah. Tumpah darah aku biar sebagai anak lelaki sejati. Aku tidak akan berundur senjata. Hidup aku dalam frasa. Biar sama-sama antara kita rasa sengsara. Biar mati semua rasa kau.

Aku sudah bermasalah dari dahulu. 

Jika syurga tempat aku dahulu,disitu aku mohon kembali. Aku mahu bunuh syaitan didalam diri aku ini. Aku mahu bunuh segala sengsara ini. Rasanya derita bagaikan duri mencucuk luka. Rasanya bagai kehilangan anak sendiri. 

Aku mahu rasakan tangan kau.Aku mahu seorang kawan. Aku mahu berada didalam keramaian. Aku mahu padamkan segala nista. Aku mahu padamkan segala cerca. Aku mahu tutup mulut kau kawan. Aku mahu tidur dengan darah kau kawan.

Aku mahu jumpa kau di sana.

Aduh,sakitnya bukan kepalang. Deritanya tiada siapa endah. Hulurkan tanganmu sekarang sayang.

20081101

Satu Dosa #5

2 Perasaan.

Saat kau berbaring di sebelahku,aku rasakan dunia ini aku yang punya.Saat kau berbaring di ditanganku aku rasakan seperti detik waktu itu berhenti berputar.Kerana sentuhan mu.Kau telah bawa aku lari dari kesengsaraan dunia.

Aku memang seorang yang rosak jiwanya.Aku telah hilang keyakinan itu sudah lama sebelum kau muncul.Membawa cahaya.Kau memperlahankan sengasara yang aku rasa.

Ingin sahaja setiap hari aku bangun ditemani cahaya senyuman kau.Ingin sahaja aku bekukan waktu-waktu kita bersama.Ingin sahaja aku bunuh semua orang yang menyakiti kau.

2 perasaan aku.

20081029

Satu Dosa #4.

Binatang!Jangan kau nista dirinya!

Sial,jenuh aku menerobos jauh kedalam hati aku.Puas aku menjatuhkan maruah diri aku.Sudah lama aku berpesan pada diri aku,maafkan kau.
Tetapi nyatanya kau binatang tiada perasaan.Kau fikir diri kau hebat,gaya Urban milikmu itu adalah segalanya.Kau caci dan nista dirinya.Kau hukumi dirinya.Kau sakiti hatinya dihadapan mata aku.Kau ingat aku akan berdiam diri?

Aku simpan dendam aku ini,sematkan didalam diri.

Siapa kau untuk menilai kehidupan?Menjatuhkan kesimpulan bodohmu itu kepada dirinya?Kau hiris perasaan dirinya,sepertinya kau toreh pisau kearah dada aku.Aku tidak
akan berdiam diri.Aku akan kembali.

Aku akan bunuh kau binatang.Aku akan ajarkan pada kau bahawa egois gayamu itu hanya layak dineraka.Neraka ciptaan kau.Jangan kau pertikai bilamana aku tembusi otak kau dengan pisau ditanganku.Aku akan pastikan mulut kau dirobek dengan hemahku.Jangan menyesal binatang!

Bawa kawan-kawan kau sekali binatang!Biar aku hantar semua ke neraka!Biar semua tahu siapa aku.Biar semua tahu jangan sesekali menyakiti hati orang yang telah menjaga aku.

Sial binatang,kemari kau!
BACUL!

20081028

Satu Dosa #3.

Aku hilang di-dalam kemuramam.Kesedihan.Ketakutan.

Akibat dosa-dosa aku dahulu.Kesilapan,kegelojohan aku mentafsir dunia.Aku jahil melihat dunia.Aku jahil mentafsir derita.Aku genggam erat segala dendam berat yang aku simpan bertahun lamanya.Aku senaraikan segala musuh-musuhku satu persatu.Aku tidur beralaskan impian untuk melihat segala dendamku terbalas.

Tetapi Dia membalas kebaikan kepada aku.

Dia telah hantarkan aku jelmaan Bidadari surga.Yang telah mengajar aku bahawa kesedihan itu boleh dikongsi bersama.Yang telah mengajar aku kegembiraan itu adalah milik bersama.Dia sentuhi aku dengan sentuhan selembut ibu aku.Tidak mungkin aku mampu untuk meminta lebih daripada itu.Tidak mungkin aku mahukan satu-satu penggantinya.Tidak,aku tidak akan kalah didalam perang jiwa aku.

Aku sentiasa sunyi.Walaupun didalam keramaian,jiwaku sentiasa kosong dan dahaga.Fikiranku berkecamuk angkara si-durjana.Si cantik,sentuhilah aku dengan sentuhan magismu.Agar aku sentiasa melupakan kesedihan aku.

Oh Tuhan.Aku bermohon agar diputarkan masa.Agar tiada aku lakukan dosa itu.