20081101

Satu Dosa #5

2 Perasaan.

Saat kau berbaring di sebelahku,aku rasakan dunia ini aku yang punya.Saat kau berbaring di ditanganku aku rasakan seperti detik waktu itu berhenti berputar.Kerana sentuhan mu.Kau telah bawa aku lari dari kesengsaraan dunia.

Aku memang seorang yang rosak jiwanya.Aku telah hilang keyakinan itu sudah lama sebelum kau muncul.Membawa cahaya.Kau memperlahankan sengasara yang aku rasa.

Ingin sahaja setiap hari aku bangun ditemani cahaya senyuman kau.Ingin sahaja aku bekukan waktu-waktu kita bersama.Ingin sahaja aku bunuh semua orang yang menyakiti kau.

2 perasaan aku.

1 comment:

byl said...

Jika begitulah dia yg mengubah kau, bertuahnya kau dan bertuahnya dia kerana ada kau