20090120

Satu Dosa #22.

Adalah cukup baik untuk mendapat tahu bahawa mati adalah penyelesaian terbaik untuk aku.

Kau adalah sebab untuk aku terus bernafas,dan sekarang aku perlukan kau.Aku tidak akan pulih untuk malam-malam seperti ini.Aku tidak mampu walaupun untuk mengangkat tangan aku sendiri.Aku sungguh tidak bersedia untuk malam-malam tanpa kau menemani.
Udara,sunlight ini tidakmempunyai apa-apa makna.Tanpa semua ketawa dan cerita kau.Kau yang buatkan kota ini sungguh bercahaya.
Dan Madrid tidak pernah sebegini kaku.

20090114

Satu Dosa #21.

Jerit dan Sumpah-seranah aku jikalau ini lebih dari limit hati kau.
"pause".
Tunggu aku dan cakaplah lebih mendalam.Tentang apa sahaja yang kau rasa dan ragukan.Aku akan berhenti dan kita akan berbual tentang apa sahaja didalam semesta.

Mungkin tentang kepercayaan kau terhadap outer-space,tentang puisi kegemaran kau,tentang lagu yang kau siulkan ketika kau memandu dan juga tentang bagaimana paranoidnya kau terhadap masa hadapan.

Aku berharap agar detik terhenti bila kau tersenyum dan semua pergerakan terhenti.Dan graviti akan menjadi sifar dan seterusnya kau akan terus merindui aku.

Aku defenseless.

20090110

Satu Dosa#20.

Ambience.

Celaka syaitan dalam diri ini.Aku tidak akan benarkan kau menang.Aku cuma mahu seminit ambience,seinci dari kegembiraan kau untuk aku sembuhkan segala luka aku ditindas manusia kuku besi.

Hati aku berkata.Tolong bawakan senyuman kau.

20090103

Satu Dosa#19.

Penuhi kekosongan diri ini,lengkapi segala sisi,dan bunuhlah aku jikalau perlu.

I m p i an i ni a m at m e n y a k i t k an,a ku p e r lu b a n g un d an s e d ar,
k au b u k an m i l ik a ku!